Sabtu, 24 Oktober 2015

AKU DIA DAN REZEKI

Hikmah dari sebuah aduan.
.
.
Pelanggan yang membatalkan pesanan di saat akhir adalah suatu yang memang mendukacitakan.
Sepanjang saya menjalankan bisnes menjual dadih. Saya pernah dikecewakan sebanyak 3 kali.
Bukan sedikit pesanan yang dibuat. Melebihi 300 bekas. Bukan sedikit modal terpaksa dikeluarkan.
Memang kecewa yang teramat sangat. Modal pun tak pulang. Rugi sudah pasti !
Satu ketika. Seorang pelanggan membuat pesanan dadih sebanyak 300 cawan.
Sehari sebelum menghantar dadih. Saya hubungi pelanggan itu namun tidak dijawab. Sms pun tidak dibalas.
Saya sudah merasa tidak senang hati kerana bayaran belum dibuat.
Hinggalah hari dimana saya perlu menghantar dadih itu. Masih tiada jawapan daripada pelanggan.
Saya sudah tidak keruan. Tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Sesudah melaksanakan solat sunat Dhuha. Saya mengadu kepada Allah, nasib yang menimpa.
Usai solat. Saya nekad untuk sedekah sahaja dadih itu kepada sebuah madrasah tahfiz yang terletak tidak jauh dari rumah.
Saya isikan kesemua dadih ke dalam Kancil kesayangan saya.
Terus menuju ke madrasah. Dari jauh kelihatan beberapa khemah didirikan.
Sebaik tiba. Mudir yang sedang bersembang dengan ibu bapa pelajar terus menerpa saya.
"Ya Allah, saudara. Saya tengah susah hati fikir nak dapatkan juadah untuk program petang ini. Katering saat akhir maklumkan tak dapat buat. Saudara ada dadih tak untuk ganti kuih-muih?"
Saya ternganga.
Namun saya jelaskan yang saya telah berniat untuk sedekah saja dadih yang ada.
"Tak apa, niat saudara insyaAllah Allah terima, tapi saya juga telah berniat, kalau ada siapa yang boleh tolong sediakan juadah petang ini, saya niat untuk bagi hadiah, nak bagi sedekah." Ustaz menjelaskan hajatnya.
Dadih diserahkan. Dan saya mendapat bayaran yang lebih dari sepatutnya.
Selesai.
Petang itu, kami telah merancang untuk pergi kenduri sahabat. Setelah semuanya bersiap, kami terus bertolak.
Di pertengahan jalan. Barulah kami sedar, 2 orang anak kami yang masih kecil, hanya memakai selipar jepun.
Isteri saya naik berang. Saya tidak bercakap apa-apa. Hanya memberi tumpuan kepada pemanduan.
Sebaik tiba di rumah pengantin. Kami semua serba-salah. Kawasan jalan hendak ke rumah pengantin digenangi air. Berlopak. Walapun pihak tuan rumah telah meletakkan kayu dan batu. Namun, air tetap melimpah.
Beberapa orang tetamu yang baru hadir dan ada yang menghala untuk pulang, semuanya terpaksa membuka kasut masing-masing, bimbang tenggelam dalam air lopak dan berselut.
Dua orang anak saya terus berjalan dengan selipar jepun yang dipakai.
Sebaik menikmati juadah. Kami terus memohon diri untuk pulang. Sahabat saya meminta saya untuk tunggu sebentar.
Rupanya dia telah membungkus makanan dan lauk-pauk kenduri.
Memang banyak.
Rupanya, disebabkan hujan lebat dan banyak tempat ada majlis kenduri, maka majlis kenduri sahabat saya kurang tetamu yang hadir.
Maka, banyak lagi makanan yang berbaki.
Saya pulang dengan seribu kesyukuran. Dan segala hikmah yang diperolehi.
Kita merancang tetapi Allah merancang yang terbaik untuk hamba NYA.
Berminat untuk membaca lebih banyak lagi kisah² di dalam buku aku dia dan rezeki , whatsapp 0129284284.

‪#‎bukuakudiadanrezeki‬
‪#‎mudahnyamwnjemputrezeki‬
‪#‎Allahtempatmeminta‬
‪#‎tabitaskincareoriginalmalaysia‬
‪#‎tabitaskincaredesidamayanti‬
‪#‎amaltilljannah‬

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI DENGAN ISTIGHFAR

Petikan dari buku AMR (Amalan Menjemput Rezeki )
.
.
Istighfar .
.
.

1) Istighfar 100 kali pagi (sebelum subuh terbaik, selepas subuh pun boleh .
2) Istighfar 100 kali petang (sebelum Asar terbaik, selepas Asar pun boleh .
Kelebihan amalan ini:
1) Allah berikan jalan keluar dari masalahnya
2) Allah lepaskan dari kebimbangannya
3) Allah lepaskan dari kesempitannya
4) Allah kurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Jangan bertangguh lagi , Berazamlah untuk memulakan amalan ini pada hari ini juga.
Amalan ini tidak perlu modal dan kemahiran apa-apa. Ia hanya perlu masa kita sahaja. Dengannya Allah janjikan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Jika memang kita dalam kesusahan , kesempitan dan kebimbangan. Jangan hadkan kepada 100 kali sahaja. Bagaimana jika saya cadangkan 1000 kali pagi dan 1000 kali petang?
Katakanlah dengan modal 2 jam sehari itu, Allah lepaskan kita dari semua kesusahan dan kesempitan itu, ditambah lagi dengan janji untuk memberi rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka?
.
.
Sayyidina Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa yang mengambil berat untuk selalu beristigfar maka Allah akan berikan kepadanya jalan keluar daripada setiap kesempitan , kelepasan daripada setiap kebimbangan dan Allah SWT akan mengurniakan kepadanya rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (HR Abu Daud ).
‪#‎amalanmenjemputrezeki‬
‪#‎mudahnyamenjemputrezeki‬
‪#‎tabitaskincareoriginalmalaysia‬
‪#‎tabitaskincaredesidamayanti‬
‪#‎amaltilljannah‬
‪#‎ustazfathuri‬

KEHEBATAN SURAH AL-WAQIAH

Kisah pendek Puan yg mengamalkan Surah Al-waqiah.
.
Pada tahun 2009 Puan Mariyam (bukan nama sebenar) bekerja dalam bidang yang memerlukan dia bertemu pelanggan setiap hari. Pendapatan pula berdasarkan komisyen atas jualan.
Oleh kerana salenya tak seberapa , dia cuba mengamalkan surah Al-Waqiah untuk menambah rezeki. Kebetulan pada masa itu dia sedang mengalami sakit lutut dan sering batuk2 dan sakit tekak yang membataskan aktiviti pekerjaannya. Sangat susah nak mengaji dalam keadaan sakit tekak dan batuk2 namun dia gagahkan juga membaca setiap malam.
.
Rupanya perancangan Allah jauh lebih baik dari apa yang dia sangkakan. Setelah 2 minggu mengamalkan surah Al-Waqiah, satu hari Puan Mariyam mengikut suami membawa ayahnya untuk berurut kerana sakit lutut. Oleh kerana dia pun sedang sakit lutut, dia menumpang sekali untuk buat rawatan. Tetapi perawat bagitahu dia tak boleh merawatnya kerana terdapat santau dalam badan dan perlu dibuang dahulu.
.
Puan Mariyam terkejut kerana tak pernah menyangka rupanya telah 3 tahun dia telah terkena santau. Namun memang sebelum itu dia sering bermimpi perkara2 menakutkan, sering bergaduh dgn suami dan selalu marah melampau seperti tak mampu mengawal diri.
.
Puan Mariyam pun segera ke Darussyifa membuat rawatan. Alhamdulillah dengan izinNya, selepas 3 hari sakit tekak dan batuk2 yg dideritai hilang sama sekali. Sakit lutut juga hilang kerana telah dapat dirawat.
.
Puan Mariyam juga tidak lagi bermimpi buruk2 pada waktu malam, tidak lagi sering bergaduh dengan suami dan marah2 tak menentu.
.
Barulah Puan Mariyam sedar rezeki itu bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit.
Puan Mariyam beramal dengan niat memohon rezeki, Allah telah memberinya rezeki berbentuk kesihatan dan kerukunan rumahtangga. Malah lebih dari itu, perkara tersebut menyebabkan dia ingin lebih mendekati Allah. Malah Puan Mariyam telah digerakkan untuk meninggalkan pekerjaan tersebut yang padanya kurang sesuai untuk seorang isteri, kerana hampir 90% pelanggan yang ditemuinya setiap hari adalah lelaki.
Dan Allah telah bukakan jalan untuknya menjalankan perniagaan dari rumah.
.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
.
Barangsiapa bertawakal pada Allah maka Dia akan mencukupi (segala keperluan hidupnya)...
(surah At-Talaq:3)
.
*Saya sangat terinspirasi dengan kisah ini dan saya boleh relate dengan Bab "The Power of Serah" dalam Buku Hidup Luar Biasa, bagaimana Puan Mariyam mewakilkan urusannya pada Allah setelah ikhtiar dilakukan secara maksimum. Beliau yakin dengan pertolongan Allah, maka Allah cukupkan keperluannya dan membuka pintu rezeki yang banyak.
Anda dah amalkan membaca surah al-waqiah?
Kalau belom . Anda sangat rugi . Jom mulakan dari sekarang dan istiqomah untuk baca setiap hari dengan penuh kusyuk .

Doa , Usaha , Tawakal.😊😊😊

Nak tau lebih banyak lagi ? Whatsapp saya untuk pembelian buku 21 formula hidup luar biasa.

‪#‎thepowerofserah‬
‪#‎21formulahidupluarbiasa‬
‪#‎mudahnyamenjemputrezeki‬
‪#‎tabitaskincareoriginalmalaysia‬
‪#‎tabitadesidamayanti‬
‪#‎amaltilljannah‬

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


Mengapa rezeki sempit?
Sangat terkesan dihati apabila baca tanda2 rezeki berkat adalah semakin bertambah rezeki semakin dekat kita dengan Allah..
Jika sebaliknya?maka fahamlah bahawa kita dalam bahaya.
Ingat lah semua yang kita ada hanya lah pinjaman Allah.
Jangan menceritakan keburukan orang , jauh² kan lah fitnah..
Dan jauhkan lah perbuatan yang mendatangkan dosa.
Jangan terlalu sibuk cari duit sampai jauh dari Allah.

Berminat untuk membeli buku mudahnya menjemput rezeki boleh whatsapp 0129284284.

Lebih banyak cerita² dan motivasi untuk diri.

‪#‎mudahnyamenjemputrezeki‬
‪#‎amaltilljannah‬
‪#‎tabitaskincareoriginalmalaysia‬
‪#‎tabitaskincaredesidamayanti‬

BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN

Kesusahan mengajak kita RAPAT dengan Al-QURAN.
.
.
Bismillahirrahmanirrahim.
.
.

Saya masih ingat lagi tatkala hidup saya sering di uji, sebenarnya pada saat itulah saya mula rapat dengan Al-Quran. Sebelum itu bukan saya tidak membacanya, tetapi saya tidak kisah untuk ambil tahu tentang tafsir dan maksud terjemahan kalam Allah.
Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah jika Dia mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?” Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Al-Ahzab 33 : 17)
Tatkala membaca firman Allah di atas, barulah saya sedar bahawa Allah mahu saya belajar yakin bahawa setiap ujian yang menimpa hidup saya itu sebenarnya itu adalah kehendak Allah.
Allah yang Maha Menguruskan lebih tahu kenapa dan mengapa saya harus lalui ujian itu, untuk belajar yakin dan memperbaiki iman saya untuk benar-benar bergantung harap dan memohon pertolongan hanya kepada Allah.
Alhamdulillah! Masya-Allah! Bila saya lalui hari-hari yang sukar, Al-Quran saya ambil dan perlahan-lahan saya membukanya dan menjadi tempat saya merujuk. Al-Quran benar-benar hidup!
Tatkala membaca tafsir Al-Quran air mata saya berlinangan dan kadang-kadang saya menangis teresak-esak atas setiap pesanan kasih sayang yang Allah sampaikan melalui Kalam Suci.
.
.
Izinkan saya memetik kata-kata Hadrat Hasan Basri r.a:
“Orang pada zaman dahulu meyakini bahawa Al-Quran itu adalah perintah Allah SWT. Sepanjang malam mereka memikir dan merenung tentang kandungannya dan pada waktu siang mereka beramal dengannya. Sementara kamu bersungguh-sungguh membetulkan sebutan huruf-huruf dan baris-baris huruf tersebut tetapi kamu tidak meyakini al-Quran sebagai perintah Tuhan dan tidak juga kamu merenung dan memikirkan kandunganal-Quran”
.
.
Kerana itulah Allah mengilhamkan saya untuk memasukkan bab 16: Al-Quran adalah Rakan Terbaik dan bab 29: Mengundang Kesenangan dengan Al-Quran dalam buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan. Moga beroleh manfaat. Insya-Allah.
Berminat dengan BUKU BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN ?
Untuk oder whatsapp 0129284284.

‪#‎bersamakesusahanadakesenangan‬
‪#‎mudahnyamenjemputrezeki‬
‪#‎keajaibanAllahtempatmeminta‬
‪#‎tabitaskincareoriginalmalaysia‬
‪#‎tabitaskincaredesidamayanti‬
‪#‎amaltilljannah‬

AMAL TILL JANNAH



Program yg akan menyusul.

1)sumbangan kit tahfiz
2)Jamuan khas akhir tahun /sempena hari lahir anak² yatim dari bulan 9-12
3)Projek Amal -Cendawan Tiram @ Rumah Anak Yatim
4)Program Kit Prihatin Gelandangan
5)Program bulanan-berjalan seperti biasa :


-Sesuap Rezeki Anak2 Yatim
-Sedekah Jumaatku
-Tabung Wakaf Kerusi Roda
-Tabung Wakaf Quran/Iqra
-Tabung Kit Tahfiz
-Tabung Tajaan Umrah
-Tabung Masjid
-Tabung Zakat/Asnaf
-Tabung Misi Kemanusiaan

Untuk sedekah atau infaq , melalui pindahan online jemaah boleh tag "Tabung ........." seperti yg diniatkan..
Jika CDM (cash deposit machine) mohon wasapkn details transaksi kepada saya untuk rekod...terima kasih atas kerjasama jemaah semua..😊

Mohon gunakan akaun seperti di bawah..

🍓BANK ISLAM🍓
🌺1212 2010 020166 AMAL TILL JANNAH
🍓MAYBANK-CURRENT🍓
🌺5121 8334 0641 ROHSAMILA YUNUS

terima kasih yg tak terhingga buat semua jemaah yg terlibat dlm program2 AMAL TILL JANNAH..
Hanya Allah yg akan memberi sebaik2 ganjaran
JAZAKALLAHUKHAIRAN KASIRA

KEAJAIBAN ALLAH TEMPAT MEMINTA







Realiti Sejuta Jiwa.

Kenapa ALLAH izinkn ALLAH Tempat Meminta .

ATM lahir selepas Mudahnya Menjemput Rezeki?

MMR mengisahkan tentang amalan yg ALLAH suka.

ATM ialah kisah mereka yang direzekikn ALLAH merasa kesan amalan yg dilakukan.
ATM ialah kisah mereka yg SANGGUP buat apa yang ALLAH suka & ternyata memang ALLAH suka sehingga ALLAH paterikan 40 kisah benar dalam 1 buku.

ATM berfungsi sebagai enjin turbo untuk setiap orang capai peringkat SANGGUP BUAT apa yang dikongsi dalam MMR.

Insya-Allah.

BERMINAT UNTUK MEMILIKI BUKU ALLAH TEMPAT MEMINTA WHATSAPP 0129284284

‪#‎mudahnyamenjemputrezeki‬
‪#‎amaltilljannah‬
‪#‎tabitaskincareoriginalmalaysia‬
‪#‎tabitaskincaredesidamayanti‬
‪#‎Allahtempatmeminta‬

TABITA SKINCARE DESI DAMAYANTI BYCV TABITA


DAPATKAN KULIT CANTIK TANPA MAKE-UP YANG TEBAL.

GAMBAR 1 DAN 2 FULL MAKEUP.
GAMBAR 3 TANPA MAKEUP DAN SELEPAS MENGGUNAKAN TABITA DDS.

Rahsia kecantikan para artis Indonesia telah diketahui malah telah hampir bertahun-tahun TABITA SKINCARE didalam pasaran malaysia yang sangat diminati ramai ,tetapi berhati-hati dengan produk tiruan.
TABITA SKINCARE DESI DAMAYANTI PRODUCED BY CV TABITA adalah produk kecantikan yang dapat mengatasi berbagai masalah kulit yang anda alami seperti .

✔Pori - pori besar.
✔Kedut- kedut halus.
✔Jerawat dan jeragat.
✔Kulit kusam dan gelap.
✔Kulit nampak tua dari usia sebenar.
✔Parut dan kulit berlubang akibat jerawat.
==========================================================================

KELEBIHAN TABITA SKINCARE DDS.
✔Meremajakan kulit
✔Mengecilkan pori-pori
✔Menghilangkan jerawat
✔Memberbaiki kulit kusam
✔Mencerahkan warna kulit
✔Menghilangkan bekas jerawat
✔Meratakan lubang bekas jerawat
✔Menyamarkan dan menghilangkan flek-flek di wajah
✔Menyamarkan pigmentasi dan warna kulit tidak rata
✔Membuat kulit nampak lebih cerah dan tidak kusam
✔Menegangkan kulit sehingga anda kelihatan lebih muda hanya tiga minggu ( bergantung masalah kulit ).
==========================================================================
✔PRODUK TABITA SKINCARE DDS ADALAH 300% ORIGINAL.
✔SAYA ADALAH AGENT RASMI IBU DESI DAMAYANTI HANYA MENJUAL SET ORIGINAL.
✔TIDAK MEMBAHAYAKAN KULIT.
✔ADA KELULUSAN BPOM DAN LULUS DEPARTMENT KESIHATAN.
WWW.NOTIFIKASIKOSMETIKAONLINESYSTEM.COM
(BADAN PENGAWAS OBAT & MAKANAN REPUBLIK INFONESIA)
==========================================================================
✔READY STOCK UNTUK SETIAP SET TABITA DDS.
✔BARANG 1000% GUARANTE AKAN SAMPAI KEPADA ANDA DAN TIDAK ADA PENIPUAN DALAM URUSNIAGA SELEPAS PEMBAYARAN.
✔OPEN JUGA UNTUK BORONG DAN DROPSHIP.
✔ADA FREE GIFT PATI IBU PUTIH UNTUK SETIAP PEMBELIAN.
📲UNTUK ODER WHATSAPP 0129284284
📲UNTUK ODER WHATSAPP 0129284284 .
📲UNTUK ODER WHATSAPP 0129284284 .
==========================================================================
INFO MANFAAT KEPADA PENGGUNA TABITA SKINCARE.
📣Branding tabita sudah tidak dikeluarkan sejak bulan july 2014.
branding tabita ditukar atas nama pengasas iaitu Desi Damayanti By Cv Tabita untuk membanteras tabita fake.
📣Pastikan juga Tabita anda adalah original dari Desi Damayanti Produced By Cv Tabita.
📣Tabita Skincare DDS sangat dikenal di Indonesia,Malaysia,Singapore,Brunei,Cambodia,Thailand.
📣Tabita Skincare DDS selamat digunakan dan mempunyai kelulusan yang telah terdaftar pada Hak Kekayaan Intelektua Republik Indonesia dengan NO:IDM000370553 & DEPARTMENT KESIHATAN RI HK.07.IKOS/V/121/14.
📣Merek Tabita untuk kosmetik D002010007151.
📣Untuk pengesahan klik disini :
http://merek-indonesia.dgip.go.id/index.php
http://notifkos.pom.go.id/bpom-notifikasi/.