Kisah pendek Puan yg mengamalkan Surah Al-waqiah.
.
Pada
tahun 2009 Puan Mariyam (bukan nama sebenar) bekerja dalam bidang yang
memerlukan dia bertemu pelanggan setiap hari. Pendapatan pula
berdasarkan komisyen atas jualan.
Oleh kerana salenya tak seberapa ,
dia cuba mengamalkan surah Al-Waqiah untuk menambah rezeki. Kebetulan
pada masa itu dia sedang mengalami sakit lutut dan sering batuk2 dan
sakit tekak yang membataskan aktiviti pekerjaannya. Sangat susah nak
mengaji dalam keadaan sakit tekak dan batuk2 namun dia gagahkan juga
membaca setiap malam.
.
Rupanya perancangan Allah jauh lebih
baik dari apa yang dia sangkakan. Setelah 2 minggu mengamalkan surah
Al-Waqiah, satu hari Puan Mariyam mengikut suami membawa ayahnya untuk
berurut kerana sakit lutut. Oleh kerana dia pun sedang sakit lutut, dia
menumpang sekali untuk buat rawatan. Tetapi perawat bagitahu dia tak
boleh merawatnya kerana terdapat santau dalam badan dan perlu dibuang
dahulu.
.
Puan Mariyam terkejut kerana tak pernah menyangka
rupanya telah 3 tahun dia telah terkena santau. Namun memang sebelum itu
dia sering bermimpi perkara2 menakutkan, sering bergaduh dgn suami dan
selalu marah melampau seperti tak mampu mengawal diri.
.
Puan
Mariyam pun segera ke Darussyifa membuat rawatan. Alhamdulillah dengan
izinNya, selepas 3 hari sakit tekak dan batuk2 yg dideritai hilang sama
sekali. Sakit lutut juga hilang kerana telah dapat dirawat.
.
Puan Mariyam juga tidak lagi bermimpi buruk2 pada waktu malam, tidak lagi sering bergaduh dengan suami dan marah2 tak menentu.
.
Barulah Puan Mariyam sedar rezeki itu bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit.
Puan Mariyam beramal dengan niat memohon rezeki, Allah telah memberinya
rezeki berbentuk kesihatan dan kerukunan rumahtangga. Malah lebih dari
itu, perkara tersebut menyebabkan dia ingin lebih mendekati Allah. Malah
Puan Mariyam telah digerakkan untuk meninggalkan pekerjaan tersebut
yang padanya kurang sesuai untuk seorang isteri, kerana hampir 90%
pelanggan yang ditemuinya setiap hari adalah lelaki.
Dan Allah telah bukakan jalan untuknya menjalankan perniagaan dari rumah.
.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca
surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau
kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
.
Barangsiapa bertawakal pada Allah maka Dia akan mencukupi (segala keperluan hidupnya)...
(surah At-Talaq:3)
.
*Saya sangat terinspirasi dengan kisah ini dan saya boleh relate dengan
Bab "The Power of Serah" dalam Buku Hidup Luar Biasa, bagaimana Puan
Mariyam mewakilkan urusannya pada Allah setelah ikhtiar dilakukan secara
maksimum. Beliau yakin dengan pertolongan Allah, maka Allah cukupkan
keperluannya dan membuka pintu rezeki yang banyak.
Anda dah amalkan membaca surah al-waqiah?
Kalau belom . Anda sangat rugi . Jom mulakan dari sekarang dan istiqomah untuk baca setiap hari dengan penuh kusyuk .
Doa , Usaha , Tawakal.😊😊😊
Nak tau lebih banyak lagi ? Whatsapp saya untuk pembelian buku 21 formula hidup luar biasa.
#thepowerofserah
#21formulahidupluarbiasa
#mudahnyamenjemputrezeki
#tabitaskincareoriginalmalaysia
#tabitadesidamayanti
#amaltilljannah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan